Wednesday, April 6, 2011

Kajian terhadap kebaikan berpuasa

Satu fakta menarik tentang berpuasa telah di keluarkan oleh Yahoo (4 April 2011). Walaupun fakta tersebut telah lama di bincangkan di kalangan umat Islam di seluruh dunia dan terdapat juga kajian yang dibuat oleh penkaji Islam mengenai kebaikan berpuasa namun tidak mendapat perhatian secara kukuh seperti pengkaji dari benua Eropah. Puasa pada azalinya telah diamalkan di zaman-zaman Mesir Purba, Greek, Babylon dan etc bagi tujuan yang berbeza antaranya untuk meningkatkan ketahanan dan kesabaran dan ada juga bagi tujuan berkabung. Hindu yang dianggap suci juga turut mengamalkan berpuasa secara individual atau peribadi bagi tujuan atau niat yang berbeza

Berpuasa adalah rukun ketiga dalam rukun Islam yang wajib di laksanakan oleh setiap umat Islam. Islam telah menetapkan satu bulan iaitu Ramadhan bagi umat Islam menunaikan rukun ketiga itu. Setiap pelaksanaan dalam Islam mempunyai keutamaan nilai kebaikan cuma  bagi membuktikan perlaksanaan tersebut perlulah dibuktikan agar manusia tunduk dan faham akan nilai setiap ajaran tersebut. 

Satu kajian yang telah di laksanakan oleh Institut Intermountain Medical Centre Heart di Utah mendapati berpuasa secara berkala dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan jantung manusia. Kajian tersebut membuktikan bahawa berpuasa secara kerap bukan saja dapat membantu merendahkan risiko penyakit coronary artery serta diabetes tetapi juga dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam darah. Menurut Benjamin D. Horne (Ketua Pegawai Penyelidikan di Institut Intermountain Medical Centre Heart), puasa akan menyebabkan seseorang itu merasa lapar dan mungkin akan menyebabkan mereka tertekan/ stres. Oleh itu, badan akan bertindak balas untuk menghasilkan kolesterol bagi membenarkan lemak digunakan sebagai sumber tenaga dan bukannya menggunakan glukosa didalam badan. Hal ini  secara langsung dapat membantu menurunkan paras sel lemak di dalam badan seterusnya membantu merendahkan peluang seseorang mengalami diabetes menurut kata Horne yang juga Pengarah Kardiovaskular dan Epidemiologi Genetik.


Kajian tersebut juga menjelaskan berpuasa dapat merendahkan fakto risiko penyakit jantung (Cardic) seperti berat badan, paras gula dalam darah dan triglycerides. Kajian ini dibuat bagi melihat hubungan di antara puasa dan penurunan penyakit jantung (Coronary Heart Disease) yang menjadi punca utama kematian dikalangan lelaki dan perempuan di US. Hasil kajian tersebut mendapati paras kolesterol LDL (low-density lipoprotein cholesterol - bad cholesterol) dan paras HDL (High-density lipoprotein cholesterol - good cholesterol) dikalangan peserta meningkat 14% (LDL) dan 6% (HDL). 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...